Khamis, 6 Oktober 2011

NASI GORENG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

400gm nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi- ditumbuk
3 batang sawi-dipotong
2 ekor sotong-dipotong
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak masak
sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan ikan masin dan goreng hingga hancur.
  3. Kemudian, masukkan sotong,sos tiram dan nasi putih. Kacau hingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam dan kacau lagi selama 2 minit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan