Khamis, 6 Oktober 2011

LAKSA PENANG


  • BAHAN UTAMA:
  • Laksa
  • BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH:
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukupnya
  • BAHAN UNTUK ULAM LAKSA PENANG:
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • CARA MEMBUAT:
  1. Laksa direndam dan direbus dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Laksa ditoskan dan diketepikan.
  2.  Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar. Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang ikan turut dikisar. Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga.
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi. Kemudian, panaskan periuk.
  5. Masukkan cili giling dan belacan. Lalu masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Kacau perlahan-lahan dan masak hingga mendidih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan