Sabtu, 17 Disember 2011

HADIS RIWAYAT IMAM TIRMIZI

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN TUHAN



Kekuasaan-Mu Ya Allah mengatasi segalnya... Terasa kecil diri ini tatkala aku melihat ciptaan-Mu yang sangat unik dan kadangkala ianya mengatasi akal fikiran aku sebagai hamba-Mu... Aku bersyukur pada-Mu kerana masih di beri kesempatan untuk menikmati sisa hidup yang Engkau berikan pada aku... Aku bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan-Mu...

DETIK 25 JANUARI 2012



Sabar menunggu detik 25 Januari 2012... Tarikh keramat yang cukup bermakna dalam hidupku....


Aku akan sabar menanti detik tersebut...

KEM TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA, SUNGAI BESI,KUALA LUMPUR

Hari yang indah...terasa segar menghirup udara petang di KEM 


TENTERA UDARA DI RAJA MALAYSIA, Sungai Besi, Kuala


Lumpur...Insya-Allah petang nanti Saya akan keluar untuk 


berjogging keliling kem untuk sihatkan badan...harap turun


berat badan...

Khamis, 6 Oktober 2011

BAHULU BANGKIT

Jika dilihat kuih bahulu secara fizikal, ianya hanyalah sejenis kuih tradisional semata-mata. Sebaliknya, jika seseorang itu melihat kuih bahulu dari sudut sentuhan seni ianya amat bertepatan digunakan untuk menggambarakan situasi seseorang yang sedang mengalami perasaan marah yang melampau.

PANTUN CINTA

ada pijat tuan buangkan,
ada inti pulut direndam,
ada hajat tidak diucapkan,
ada hati kenapa dipendam?


asap api embun berderai,
patah galah haluan perahu,
hajat hati tak nak bercerai,
kehendak Allah siapa tahu


biji saga nampaklah merah,
bawa segenggam pergi ke kota,
hati kecewa amatlah parah,
tidur malam bertilam airmata


ditepi sugai berenang-renang,
tebarkan jala tangkap gelama,
jangan disebut jangan dikenang,
lupakan saja sengketa lama


buah berangan masaknya merah,
ku letaki dalam perahu,
luka ditangan nampak berdarah,
luka di hati siapa tahu?

LAKSA PENANG


  • BAHAN UTAMA:
  • Laksa
  • BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KUAH:
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukupnya
  • BAHAN UNTUK ULAM LAKSA PENANG:
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • CARA MEMBUAT:
  1. Laksa direndam dan direbus dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Laksa ditoskan dan diketepikan.
  2.  Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar. Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Tulang ikan turut dikisar. Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga.
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia. Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi. Kemudian, panaskan periuk.
  5. Masukkan cili giling dan belacan. Lalu masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Kacau perlahan-lahan dan masak hingga mendidih.

HATIKU MILIKMU

KUIH AKOK (MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN)

BAHAN-BAHANNYA:

10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60 gm tepung (tapi saya guna 70 gm)

CARA MEMBUATNYA:

1. Masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik-carik.
2. Tutup api. Biarkan suam.
3. Masukkan santan dan bahan lain. Kacau hingga sebati. Kemudian tapis bahan yang telah dimasak tadi.
4. Kemudian, panaskan acuan akok atau muffin tray dalam oven pada suhu 210 degC.
5. Letak lapisan paling atas dalam oven dan sapukan sedikit minyak dalam acuan. Biarkan minyak panas.
6. Akhir sekali, tuangkan bancuhan akokke dalam acuan akok.
7.kuih akan mengembang ketika panas dan apabila sejuk ianya akan kecut.

SHAHIR AF8- KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

NASI GORENG IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

400gm nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji cili padi- ditumbuk
3 batang sawi-dipotong
2 ekor sotong-dipotong
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak masak
sedikit serbuk lada hitam

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan ikan masin dan goreng hingga hancur.
  3. Kemudian, masukkan sotong,sos tiram dan nasi putih. Kacau hingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam dan kacau lagi selama 2 minit. 

HAFIZ-NOKTAH CINTA

DEVOTEES - MAHAR CINTA

SAJAK WAHAI TEMAN



Wahai Teman...
Jika hari ini daku terlalu gembira,
Kau sedarkanlah daku...
Jika hari ini daku sedang bersedih tanpa kata,
Kau pujuklah aku...
Jika hari ini kita adalah musuh,
Kau selesaikanlah segera...
Jika hari ini daku melukai hatimu,
Kau maafkanlah daku...
Dan jika hari ini daku lena tanpa terjaga,
Kau kirimkanlah sekalung doa dan al- fatihah buatku...

AFGAN - PADA-MU KU BERSUJUD

KEK COKLAT

Kek Coklat. Didalamnya terkandung antara rasa manis dan pahit begitulah kehidupan kita boleh diibaratkan. Kadang kala kita dapat merasakan hidup ini begitu manis tatkala sesuatu yang diimpikan menjadi kenyataan. Namun, ianya akan menjadi pahit sekiranya kita tewas dalam perjuangan.

KEK BLACK FOREST

Black Forest..sejenis kek yang begitu menyelerakan bagi penggemar kek. Ketika aku menikmati kek ini terlintas difikiran aku untuk menghasilkan cerpen yang bertajuk "Rona-Rona Kasih Black Forest".

TENTANG DIRIKU

Nama diberi Nurul Baitul Azlin Binti Mohd Nasir. Dilahirkan pada 25 Januari 1990. Aku merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Latar belakang pendidikan bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat dari darjah satu sehingga darjah enam. Kemudian, meneruskan pula pengajian diperingkat sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat. Bermula dari tingkatan Satu sehingga tingkatan Enam Atas. Kini,aku meneruskan pula pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu dengan Kepujian Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ayah tercinta bernama Mohd Nasir Bin Omar manakala ibu tersayang pula bernama Ramlah Binti Mamat.